Saya Suka J-POP

Saya Suka J-POP

Friday, February 1, 2013

Nakadoi Hiroki to graduate from Lead !!!!


[In Malay]

Aku sebagai peminat Lead, yang minat sangat2 dengan group ni memang sangat terkejut dan tak sangka bahawa Nakadoi Hiroki (ketua) akan graduate daripada group ni! :(

Bukan saja dia graduate daripada group ni, malah bersara terus daripada dunia hiburan! Sebabnya, dengar kata dia dah tak ada keyakinan untuk menjadi ahli kumpulan Lead dan akan mulakan hidup baru. Huhuhu~ 

Dah 10 tahun group ni debut dan dah 10 tahun diaorang berempat. Lepas ni group ni akan tinggal 3 orang ahli saja laa... Apa boleh buat? Ahli2 lain perlu hormati keputusan dia dan meneruskan perjuangan Lead. Seperti motto diaorang iaitu 'Stand and Fight!'.

Apa-apa pun semoga berjaya Nakadoi Hiroki! Saya sebagai Leaders (nama untuk peminat Lead) tidak akan lupakan awak.! :)

Baca selanjutnya sebab-sebab beliau graduate di : - 

Nakadoi Hiroki

# p/s: Tahun lepas, aktor kegemaran aku, Nakamura Yuichi bersara daripada dunia hiburan. Tahun ni Nakadoi Hiroki pula.... :(


No comments:

Post a Comment